Monday 30 March 2015

Memancing kaloi di Tasik Pedu

Hari ini gua nak bercerita pulak pengalaman memancing kaloi di Tasik Pedu.Korang tahu dimana letaknya Tasik Pedu?Tasik Pedu terletak di dalam daerah Padang Terap dan jauhnya lebih kurang 30 kilometer dari Pekan Kuala Nerang, Kedah.Ia merupaka tasik buatan yang dibina menjadi sebuah empangan untuk mengalirkan air untuk penanamam padi di kawasan Delta Kedah.Tasik ini memang terkenal pada masa dahulu dengan kepelbagaian spesisnya seperti sebarau, jelawat, lampam, kaloi, patong, tilapia, baung ( jelong ) dan banyak lagi.Tak silap gua udang galah pun biasa orang dapat.Baru-baru ini timbul satu spesis asing yang tak dijangka iaitu ikan toman.Entah la manusia mana yang lepaskan spesis ini kedalam tasik tersebut.Ini telah menyebabkan jumlah stok ikan asal menjunam kerana ancaman ikan asing ini..hmmm...


 

Panorama Tasik Pedu yang sangat menyenangkan dan indah menggamit pengunjung untuk datang.Ini antara tempat yang gua selalu datang untuk memancing.Ia terletak berdekatan Mutiara Pedu Resort yang terkenal itu.Tapi sekarang pusat peranginan itu telah lama ditutup kerana masalah kewangan.Port diatas sesuai untuk sesi memancing santai secara berkumpulan atau berkeluarga. Selalu juga gua datang bermalam di port ini untuk memancing ikan yang aktif pada malam hari seperti baung dan sebagainya.

 


 

Selalu juga gua dan member-member gua pergi memancing di Tasik Pedu.Nak best kena naik bot baru chalenging dan hasil pun terjamin kerana banyak port yang boleh dicuba.Dalam gambar diatas ahli-ahli trip sedang terpegun mendengar ikan bermain yang kadangkala menyebabkan hati tidak senang duduk.

 

 

Kadangkala banyak jugalah hasil yang gua dan geng gua dapat.Ikan pun ikut musim la.Kalau musim tilapia banyak la dapat tilapia.Kalau kena musim kaloi banyaklah dapat kaloi.Seperti la gambar diatas ini, satu tong ais penuh ngan ikan kaloi, ada kecik ada besar.Selain kaloi dapat juga ikan yang lain seperti baung, sebarau, jelawat dan sebagainya.

 

 

Ini antara hasil yang bersaiz kasar.Memang layan sebab gua dan rakan-rakan gua gunakan rod pancing puyu ja..ala yang dijual dikedai pancing tu la..ada yang panjang 6,7 kaki dan kalau nak yang panjang lagi pun ada.Jenama yang selalu kitaorang guna adalah X-Puyu, jenama ekonomi.Memang layan ikan skala sekilogram keatas dilayan menggunakan rod yang lembut ini, kadang-kadang dapat kadangkala miss...ye la pancing x sepadan ngan ikan tapi itu yang trail tu sampai ketar tangan ni..hehehe..

 

 

Antara ikan kaloi kasar yang berjaya dipancing oleh gua...memang best bro..you kena try..mungkin persepsi lu orang pada ikan ini akan berubah...gerenti broo..

 

 

Korang tahu tak ikan diatas ni..Inilah ikan patong sepupu ikan puyu tu..hehehe..tapi iakn patong saiznya besar dan kadangkala boleh memcapai lebih sekilogram...Ini ikan yang gua dapat mengunakan batang rod puyu yang supersoft..Ikan ini memang enak rasanya dan banyak terdapat di Tasik Pedu.Kalau kena portnya tak menang tangan..

Sejak kebelakangan ini stok ikan di Tasik Pedu pun dah berkurangan dan tidak seperti masa lalu.Ia seakan sudah menjadi masalah sejagat dimana populasi ikan telah menurun tidak kira dimana sahaja di tasik, sungai bahkan di laut pun.Oleh itu marilah kita sama bermuhasabah diri dan berfikir mengapaka hal ini terjadi.Adakah ini kerana kerakusan dan sikap pentingkan diri yang mengutamakan keuntungan tanpa menghiraukan hak generasi akan datang.Bagaimana cucu cicit kita kelak tentunya mereka akan berada dalam kesukaran kerana sumber alam yang semakin terhad.Walahualam....





No comments:

Post a Comment