Monday 6 April 2015

Trip Pongka, Pedu

   Pada cuti sekolah awal tahun 2015, satu trip  ke Pongka telah diatur oleh rakan-rakan komplot.Gua dan member seramai enam orang iaitu gua, Johadi@ Hantu kubor, Encik Hashim, Abe Lee, Mat termasuk tekong Paklang Musa.Kitaorang bertolak pada petang lebih kurang pukul 2.30 petang dan dijangka sampai di Pongka sebelum maghrib. 

   Namun dalam perjalanan kereta Perdana milik Johadi telah mengalami masalah overheat dan terpaksa berhenti bagi menyejukkan enjin dan setelah diperiksa oleh mekanik bidan terjun, Mat air radiator kering kontang Adakah ini satu petanda atau alamat buruk trip kali ini..hehe...teruskan membaca tuan-tuan.

   Selepas lepak lebih kurang setengah jam lebih baru kitaorang gerak semula ke pengkalan bot berhampiran Mutiara Resort.Segala kelengkapan seperti makanan, minuman dan lain-lain yang dibeli di Kota Aur  tadi segera dipunggah kedalam bot memandangkn masa sudah agak lewat dan kami sudah banyak kehilangan masa.

  
Air yang jernih dan sedikit berombak..

   Cuaca yang sangat baik di Tasik Pedu dan masih cerah walaupun sudah lewat petang.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam lebih dengan air yang kucah kerana musim timor kata orang Kedah sedikit memberidebaran.. yela bro buat terbalik ditengah tasik errrr... gluppp...akhirnya kitaorang selamat tiba di Pongka...lokasi dipilih Pulau Gucil sebagai tapak berkhemah...
Otai-otai snakeheadcasters : Dari kiri En Johadi @ Hantukubo, Abe Lee Senangin dan Dato Panglima Berantai Hashim yang sedang bersemangat waja sebaik bertolak dari pengkalan.

Suasana senja di Pongka, Pedu, sungguh syahdu..

   Tanpa buang masa khemah yang ringkas dipasang dan sesudah solat Maghrib aktiviti yang ditunggu-tunggu secara rasminya bermula..ada yang dah tak sabar nak memancing terus pasang umpan dan dilontar ke spot pilihan.... Paklang Musa keluar memasang pukat...

   Namun satu kejadian yang tidak disangka terjadi lagi...hehe...Kami terlupa membeli beras sewaktu berhenti membeli bekalan tadi.. arghhh...sudahhhh...kebulur ler x dapat makan nasik malam ni...Akhirnya menu makan malam...maggi...janji perut tak berbunyi...

   Sesudah makan malam kami masing-masing sambung balik aktiviti kami iaitu memancing..ikan target mrstilah haruan dan bujuk...namun tiada langsung respond dari mangsa kepala ular tersebut...hairan bin ajaib...kata Mael XPDC...tempat punya cantik tapi ikan x mencakup umpan langsung... akhirnya kitaorang layan borak lam khemah...

   Macam2 cerita-cerita pengalaman waktu dulu2 dan menjadi halwa telinga yang buat kami tak kering gusi dan mengakibatkan suasana malam menjadi cukup meriah..pekena pulak kopi o pekay sambil baring ditepi air tasik memang mengasyikkan walaupun perut berbunyi tanda tidak puas hati kerana tak diisi nasik..hehehe

   Cerita banyak berkisar pengalaman memancing dan nostalgia lama-lama terutama Tekong Paklang Musa yang rancak membuka hikayatnya.. Manakala aktiviti memancing pula tetap diteruskan demi menyahut seruan keramat 'Malaysia Bolehhh'... akhirnya tiada hasil yang dinaikkan walau puas dibaling umpan.. adakah masih ada sinar keesokan harinya...hati dah jadi kurang enak...

   Akhirnya selepas letih membaling umpan,gua pun ambil keputusan untuk tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi lebih manakala member-member gua masih rancak bercerita hikayat masing-masing...akhirnya gua terlena dalam kesejukan malam....zzzzzz

   Awal-awal pagi selepas solat Subuh dan bersarapan ala kadar, gua dan rakan-rakan gua terus bersemangat untuk memulakan operasi hari kedua..casting sang ikan snakeheads. 

   Namun apa yang berlaku tetap seperti semalam..tiada ikan yang berjaya dinaikkan walaupun Mat mendakwa umpannya disambar sang ikan namun gagal melekat pada mata kail..Member-member lain pun terus berusaha memabling umpan killer ke pot namun tiada jua berjaya membuahkan hasil...adakah masih ada sinar?..gua pun dah naik risau dengan setuasi tersebut.. 

   Manakala Paklang Musa yang baru pulang memeriksa rawai berhasil mendapat seekor baung  'boleh tahan' saiznya..beliau memberi isyarat supaya naik bot untuk ke pot killer snakeheads.

   Tanpa membuang masa kami terus melompat gaya katak kedalam bot bersama pancing masing-masing... mula-mula kitaorang pergi melihat pukat yang ditahan semalam..dalam hati mesti penuh dengan ikan..dan terbayang dikepala ikan tilapia, sebarau, lampan dan baung yang melekat dipukat...

   Alangkah terkejutnya kami pukat yang banyak ditahan itu cuma berhasil seekor lampam dan seekor ular sawa sahaja.. arghhh...migrain...pening-pening..Tekong Paklang Musa pun dah naik cuak dan beliau memberi alasan keadaan air yang kurang elok membuatkan ikan tidak aktif.

   Akhirnya kami tiba di satu pot yang sangat cantik..first class tempat tersebut...memang macam banyak ikan yang berkampung di situ..dah tak sabar terus balingan dilakukan terutama gua yang dah kembali bersemangat selepas layu sebelum ini..Dipot ini tak banyak yang kami dapat..

   Mat memonopoli hasil dengan 4 ekor ikan haruan curut manakala gua, Mat Shim, Johadi dan Abe Lee masing-masing mendapat seekor seorang ikan haruan tadika..Johadi yang berbekal umpan anak ikan gagal mempamerka reputasi sebagai jaguh umpan hidup kerana tiada ikan yang sudi menjamah umpan jampinya..akhirnya pada detik waktu kecederaan beliau berjaya memecah kebuntuan dengan menaikkan ikan haruan bersaiz mega yang beratnya dianggar tidak lebih 100 gram..

   Hahaha...beliau berjaya mengelak kumpau yang selalu menjadi iguannya..

Hanya beberapa ikan haruan bersaiz curut saja yang berhasil dinaikkan jauh sekali bapak dan mama haruan seperti gambar hiasan diatas ini...huhu....

   Akhirnya setelah berjam-jam tanpa hasil yang memuaskan kami pulang ke khemah untuk mengisi perut..dan alangkah leganya apabila kami dapat juagak makan nasik setelah Paklang Musa berjaya mendapatkan sedikit beras dari rakannya yang kebetulan lalu di hadapan khemah..ok la tu..Kami makan dengan penuh konsentrasi memandangkan perut telah lama tidak terisi..Sungguh berselera sehingga menjilat ketiak..

   Selepas makan kami pun duduk melepak terbongkang dalam khemah..masing-masing sudah kekenyangan dan juga keletihan. Selepas itu aktiviti mendengar hikayat bersambung sehinggalah kami mengambil keputusan pulang..

 Walaupun gagal menaikkan ikan sasaran namun kami tetap slumber jee..
( gambar sekadar hiasan )

   Walaupun trip kali ini boleh disifatkan tidak mencapai kpi yang ditetapkan namun kami tetap enjoy. Mungkin rezeki kurang tapi kami tetap mantain 'cool'..hehehe..dan kami selamat sampai ke pengkalan dan selepas memasukkan barang ke dalam kereta dan pajero kami bertolak pulang dengan penuh tanda tanya...Persoalan yang bermain di dalam kepala apakah punca trip ini tidak begitu berjaya namun kami akhirnya sedar rezeki dan maut bukan ditangan kami..

   kami terima semua kerana ini adalah ketentuanNya.Walaubagaimanapun kami akan kembali lagi..Insyaalah...

No comments:

Post a Comment