GALERI GAMBAR




Hari ni memang hari yang paling umphh sebab hari ni gua berjaya casting ibu haruan monster.Ikan haruan yang gua dapat sedang meronda bersama segerombolan anak-anaknya pada waktu lewat petang di Tasik Beris.Sekali baling terus dirembatnya umpan..Boleh tahan ikan ni bila ditimbang beratnya 2.2 kilogram.Saiz sebegini dah susah nak dapat sebab stok ikan pun dah kurang akibat penangkapan berlebihan dan juga ancaman ikan toman yang banyak mengacau populasinya.
                                                                            

Ikan kedua gua dapat dalam masa kecederaan..Kecil sedikit dari yang pertama..Hari ni memang rezeki baik, alhamdulilah..Ini yang bagi semangat nak turun casting lagi ni.hehehe
   



Ikan ni gua dapat di Tasik Beris juga.Besar juga ada la anggaran 2 kilogram lebih tapi bab tarik nak bawa naik tu yang best tu..memang ganas dan fight..akhir-akhir sangkut dalam lumut..kena turun meraba dalam air ambik pakai tangan..Last last dapat gak..Bergambar dulu sebelum balik...yess.


Ini lagi monster haruan gua naikkan dari Tasik Beris..Memang mantap..Lokasi Carok Pulau Miding.Rezeki Tuhan nak bagi...Alhamdulilah...syukur..Memang murah rezeki la mancing kat Tasik Beris ni..Kena tempat memang naik la bapak haruan.



Gambar ni gambar lama mula gua mula-mula bercasting ikan bujuk ni gua dapat sewaktu casting di kolam ladang tebu Padang Sanai.Sekarang dah tak ada dah kolam tu..jadi kenangan ja la.Ladang tebu pun dah bertukar jadi ladang getah..hmmm

Gambar bersama brader gua.Sebenarnya semua ikan tu gua yang naikkan..brader gua kurang bernasib baik hari tu..kumpau.


Inilah hasil pertama gua main casting kat Empangan Beris!Berbaloi-baloi!!!


Ikan bujuk yang dinaikkan di carok yang airnya dua kaki dalam..Banyak ikan bujuk saiz sebegini..tapi tak ramai suka makan bujuk sebab orang kata boleh menyebabkan sakit-sakit urat dan sebagainya..entah ler..betul ke?

Hari ni nasib kurang baik..seharian suntuk casting naik lenguh urat dan sendi akhirnya naik jugak bujuk dalam masa kecederaan sewaktu sang suria mula tenggelam di ufuk timur..



Ini dia port terhebat Lubuk Bujuk Pokok Petai..sekarang dah tak ada dah..hancusss..Inilah yang dirisaukan oleh kaki casters macam gua..kemusnahan habitat spesis snakeheadhead yang sangat berharga seperti haruan, bujuk dan sebagainya akibat kerakusan manusia.



Ini lagi satu port casting yang tinggal nama ja..Dulu gua selalu turun casting sini.Banyak ikan yang bersaiz boleh tahan yang ada dalam kolam ni.Lokasi kolam ni di Blok i kat area Padang Sanai, Padang Terap..Sekarang dah diganti ngan getah..private estate Dato Bukary  yang merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia.





Inilah salah seorang rakan komplot gua, En Bahari yang merupakan jiran sekampung yang mempunyai minat yang sama.Hari ni beliau berjaya casting ikan ketutu atau ikan ubi.Untuk pengetahuan korang ikan ni susah untuk diperolehi dan harganya pun sangat mahal..Ada tempat offer RM80 ringgit sekilogram.Hmm..balik buat sup bagus ni sebab ramai orang kata ikan ni banyak khasiat dan boleh dijadikan ubat penghalang kanser..Entahlah..

Hari ni memancing macam main gim..keras lengan gua..Last-last semput duduk bersandar sambil menikmati keindahan alam..kahkahkah..Gua tengah berehat dan santai sambil mencari idea-idea barru selepas tiga jam casting hasil zero..hahaha..


Habis boring..gi layan siakap lak!




 Inilah salah satu sebab menyumbang kepada kepupusan ikan..Ramai kaki casters yang mempelajari ilmu memerang yang amat ditakuti ikan berkepala ular ini..Habis ikan diselongkar oleh mereka ni...hahahaha...lawak je bro..tabik kat brader gua yang berjiwa 'rambo' sanggup tolng gua ambik ikan yang sangkut dalam lumut...hehe
                                          

No comments:

Post a Comment