Saturday 11 April 2015

Memancing di lombong pasir Semeliang

Air kelihatan agak cantik dan sesuai untuk casting snakeheads.
 
   Hari ini plan asal hendak memancing di Tasik Beris namun terpaksa kansel kerana sebab yang tidak dapat dielakkan..akhirnya pergi memancing di lombong pasir Kampung Semeliang.

   Sebelum tu gua pergi check and evaluate kat satu pot lagi Lombong Pasir Padang Balai tak jauh dari dari Lombong Semeliang.Jam menunjukkan 7.15 pagi dan apa yang aku dapati pot tersebut telah banyak berubah atau bahasa yang lebih tepat..terjejas..Tebing yang menjadi sempadan lombong dan sungai telah runtuh sama sekali dan airnya pun dah jadi warna teh susu..ada la ternampak dua tiga orang yang tengah memancing berhampiran khemah diorang...mungkin stay over night kot... Sebenarnya port ini sangat femes untuk pemancing rohu...
 
   Banyak pemancing datang ke sini untuk memancing rohu sampaikan ada yang datang dari Jitra dan juga Perlis!Banyak juga la rekod rohu bertaraf golden yang dicipta di lombong ini.Selain rohu banyak terdapat belida, toman, sebarau dan ikan haruan.

  Setelah hampir setengah jam hampeh tiada hasil gua bergerak ke Lombong Pasir Semeliang yang terletak berhampiran Pekan Kuala Nerang. Memang cun keadaan air lombong ini..memang gua dah rasa gua akan berjaya misi gua hari ini..hehehe..

   Belum ada orang yang sampai..gua adalah manusia pertama yang membaling katak di lombong ini pada hari ini...hahaha...Tak lama gua terus berjaya mendapat strike pertama seekor haruan yang dianggar berat 300 gram..hahaha..

   Tiba-tiba gua ternampak anak-anak ikn betempiaran lari menyelamatkkan diri akibat dikejar bapak haruan besar.

   Gua terus aim dan membaling umpan tepat ke sasaran.. Kebuakkkk... strikeee!!! Sungguh ganas sekali ia menyambar seakan kail terlekat pada kayu didasar.. Menggunakan pengalaman & pengetahuan yang dipelajari gua berjaya menarik ikan naik ke tebing lombong..

   Ikan ditimbang dan berat 1.6 kg!Boleh tahan...tersenyum lebar gua sorang-sorang di tepi lombong tersebut.. 

   Gua memancing kat situ tidak lama dan setelah menaikkan beberapa ekor lagi haruan gua ambil keputusan untuk menamatkan misi gua pada kali ini...ini kerana cuaca semakin panas membahang maklum sajalah musim kemarau...

   Banyak sambaran yang gua dapat tapi kebanyakkan rabut... melalui pemerhatian gua lombong ini masih banyak terdapat stok haruan gadang melalui percikan dan olakan air yang tercipta semasa spesis ini mengjar anak-anak ikan..tak mengapa lain kali gua datang lagi..peace..roger and out..
 

Monday 6 April 2015

Trip Pongka, Pedu

   Pada cuti sekolah awal tahun 2015, satu trip  ke Pongka telah diatur oleh rakan-rakan komplot.Gua dan member seramai enam orang iaitu gua, Johadi@ Hantu kubor, Encik Hashim, Abe Lee, Mat termasuk tekong Paklang Musa.Kitaorang bertolak pada petang lebih kurang pukul 2.30 petang dan dijangka sampai di Pongka sebelum maghrib. 

   Namun dalam perjalanan kereta Perdana milik Johadi telah mengalami masalah overheat dan terpaksa berhenti bagi menyejukkan enjin dan setelah diperiksa oleh mekanik bidan terjun, Mat air radiator kering kontang Adakah ini satu petanda atau alamat buruk trip kali ini..hehe...teruskan membaca tuan-tuan.

   Selepas lepak lebih kurang setengah jam lebih baru kitaorang gerak semula ke pengkalan bot berhampiran Mutiara Resort.Segala kelengkapan seperti makanan, minuman dan lain-lain yang dibeli di Kota Aur  tadi segera dipunggah kedalam bot memandangkn masa sudah agak lewat dan kami sudah banyak kehilangan masa.

  
Air yang jernih dan sedikit berombak..

   Cuaca yang sangat baik di Tasik Pedu dan masih cerah walaupun sudah lewat petang.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam lebih dengan air yang kucah kerana musim timor kata orang Kedah sedikit memberidebaran.. yela bro buat terbalik ditengah tasik errrr... gluppp...akhirnya kitaorang selamat tiba di Pongka...lokasi dipilih Pulau Gucil sebagai tapak berkhemah...
Otai-otai snakeheadcasters : Dari kiri En Johadi @ Hantukubo, Abe Lee Senangin dan Dato Panglima Berantai Hashim yang sedang bersemangat waja sebaik bertolak dari pengkalan.

Suasana senja di Pongka, Pedu, sungguh syahdu..

   Tanpa buang masa khemah yang ringkas dipasang dan sesudah solat Maghrib aktiviti yang ditunggu-tunggu secara rasminya bermula..ada yang dah tak sabar nak memancing terus pasang umpan dan dilontar ke spot pilihan.... Paklang Musa keluar memasang pukat...

   Namun satu kejadian yang tidak disangka terjadi lagi...hehe...Kami terlupa membeli beras sewaktu berhenti membeli bekalan tadi.. arghhh...sudahhhh...kebulur ler x dapat makan nasik malam ni...Akhirnya menu makan malam...maggi...janji perut tak berbunyi...

   Sesudah makan malam kami masing-masing sambung balik aktiviti kami iaitu memancing..ikan target mrstilah haruan dan bujuk...namun tiada langsung respond dari mangsa kepala ular tersebut...hairan bin ajaib...kata Mael XPDC...tempat punya cantik tapi ikan x mencakup umpan langsung... akhirnya kitaorang layan borak lam khemah...

   Macam2 cerita-cerita pengalaman waktu dulu2 dan menjadi halwa telinga yang buat kami tak kering gusi dan mengakibatkan suasana malam menjadi cukup meriah..pekena pulak kopi o pekay sambil baring ditepi air tasik memang mengasyikkan walaupun perut berbunyi tanda tidak puas hati kerana tak diisi nasik..hehehe

   Cerita banyak berkisar pengalaman memancing dan nostalgia lama-lama terutama Tekong Paklang Musa yang rancak membuka hikayatnya.. Manakala aktiviti memancing pula tetap diteruskan demi menyahut seruan keramat 'Malaysia Bolehhh'... akhirnya tiada hasil yang dinaikkan walau puas dibaling umpan.. adakah masih ada sinar keesokan harinya...hati dah jadi kurang enak...

   Akhirnya selepas letih membaling umpan,gua pun ambil keputusan untuk tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi lebih manakala member-member gua masih rancak bercerita hikayat masing-masing...akhirnya gua terlena dalam kesejukan malam....zzzzzz

   Awal-awal pagi selepas solat Subuh dan bersarapan ala kadar, gua dan rakan-rakan gua terus bersemangat untuk memulakan operasi hari kedua..casting sang ikan snakeheads. 

   Namun apa yang berlaku tetap seperti semalam..tiada ikan yang berjaya dinaikkan walaupun Mat mendakwa umpannya disambar sang ikan namun gagal melekat pada mata kail..Member-member lain pun terus berusaha memabling umpan killer ke pot namun tiada jua berjaya membuahkan hasil...adakah masih ada sinar?..gua pun dah naik risau dengan setuasi tersebut.. 

   Manakala Paklang Musa yang baru pulang memeriksa rawai berhasil mendapat seekor baung  'boleh tahan' saiznya..beliau memberi isyarat supaya naik bot untuk ke pot killer snakeheads.

   Tanpa membuang masa kami terus melompat gaya katak kedalam bot bersama pancing masing-masing... mula-mula kitaorang pergi melihat pukat yang ditahan semalam..dalam hati mesti penuh dengan ikan..dan terbayang dikepala ikan tilapia, sebarau, lampan dan baung yang melekat dipukat...

   Alangkah terkejutnya kami pukat yang banyak ditahan itu cuma berhasil seekor lampam dan seekor ular sawa sahaja.. arghhh...migrain...pening-pening..Tekong Paklang Musa pun dah naik cuak dan beliau memberi alasan keadaan air yang kurang elok membuatkan ikan tidak aktif.

   Akhirnya kami tiba di satu pot yang sangat cantik..first class tempat tersebut...memang macam banyak ikan yang berkampung di situ..dah tak sabar terus balingan dilakukan terutama gua yang dah kembali bersemangat selepas layu sebelum ini..Dipot ini tak banyak yang kami dapat..

   Mat memonopoli hasil dengan 4 ekor ikan haruan curut manakala gua, Mat Shim, Johadi dan Abe Lee masing-masing mendapat seekor seorang ikan haruan tadika..Johadi yang berbekal umpan anak ikan gagal mempamerka reputasi sebagai jaguh umpan hidup kerana tiada ikan yang sudi menjamah umpan jampinya..akhirnya pada detik waktu kecederaan beliau berjaya memecah kebuntuan dengan menaikkan ikan haruan bersaiz mega yang beratnya dianggar tidak lebih 100 gram..

   Hahaha...beliau berjaya mengelak kumpau yang selalu menjadi iguannya..

Hanya beberapa ikan haruan bersaiz curut saja yang berhasil dinaikkan jauh sekali bapak dan mama haruan seperti gambar hiasan diatas ini...huhu....

   Akhirnya setelah berjam-jam tanpa hasil yang memuaskan kami pulang ke khemah untuk mengisi perut..dan alangkah leganya apabila kami dapat juagak makan nasik setelah Paklang Musa berjaya mendapatkan sedikit beras dari rakannya yang kebetulan lalu di hadapan khemah..ok la tu..Kami makan dengan penuh konsentrasi memandangkan perut telah lama tidak terisi..Sungguh berselera sehingga menjilat ketiak..

   Selepas makan kami pun duduk melepak terbongkang dalam khemah..masing-masing sudah kekenyangan dan juga keletihan. Selepas itu aktiviti mendengar hikayat bersambung sehinggalah kami mengambil keputusan pulang..

 Walaupun gagal menaikkan ikan sasaran namun kami tetap slumber jee..
( gambar sekadar hiasan )

   Walaupun trip kali ini boleh disifatkan tidak mencapai kpi yang ditetapkan namun kami tetap enjoy. Mungkin rezeki kurang tapi kami tetap mantain 'cool'..hehehe..dan kami selamat sampai ke pengkalan dan selepas memasukkan barang ke dalam kereta dan pajero kami bertolak pulang dengan penuh tanda tanya...Persoalan yang bermain di dalam kepala apakah punca trip ini tidak begitu berjaya namun kami akhirnya sedar rezeki dan maut bukan ditangan kami..

   kami terima semua kerana ini adalah ketentuanNya.Walaubagaimanapun kami akan kembali lagi..Insyaalah...

Monday 30 March 2015

Kucing hutan @ kucing batu..

    Pada satu malam gua sedang drive keta..tiba-tiba gua perasan ada satu benta aneh diatas jalan..Gua berhenti dan check..Gua ternampak seekor haiwan macam kucing tapi lebih besar dan bulunya pelik dengan tompok-topok hitam.. 

   Kemudian member gua bagitau haiwan tersebut adalah kucing hutan atau kucing batu..Ye ke ?Sebenarnya member gua pun tak pasti ini kucing hutan ke kucing batu..Kucing ini gua jumpa dalam perjalanan pulang ke rumah.. Kesian makluk ni mati dilanggar kereta..kes langgar lari bro.. mangsa telah meninggal apabila gua memeriksa beliau. 


    
   Member gua ambik haiwan tersebut dan bawa pulang..Saya pun konfius adakah member gua tu nak makan haiwan tersebut.. Setahu gua beliau tidak makan kucing apatah lagi kucing yang mati dilanggar kereta.Rupa-rupanya beliau hendak ambil bulu haiwan tersebut.Nak buat apa entah saya pun tak tahu..Ini adalah gambar sewaktu haiwan itu berada di bilik operation.. 

 

   Akhirnya haiwan tersebut ......... atas alasan yang tidak dapat saya nyatakan disini dan disemadikan selepas itu.Pada pendapat gua dalam kes sebegini lebih baik haiwan itu jangan dibawa pulang kerana mengikut petua orang tua-tua..jika dibawa pulang barang yang pelik-pelik sebegitu akan mengundang sesuatu yang tidak'enak'..entahlah...you all bagaimana?setuju tak dengan statemant gua ni?

   Itu satu hal, yang satu lagi sebenarnya gua nak berkongsi pendapat gua berkaitan pengguna jalan raya..Pada saya pengguna jalan raya masa kini kurang menitikberatkan keselamatan dan memandu dalam keadaan merbahaya..  

 

   Ingatlah bukan kita sorang ja ada keta.Dan juga bukan kita sorang sahaja pengguna jalan raya..bukan kita sorang saja yang lambat ke tempat kerja...Orang lain pun cam kita jugak.Jadi bertimbang rasalah dan patuhilah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Semua Gua  Pancing, Layan..


   Kadangkala gua tukar plan memancing menggunakan umpan tiruan / gewang.Sasaran utama yang diburu semestinya ikan sebarau. Memang kuat ikan air tawar ni samapai gewang pun putus atau mata kail terkangkang dikekahnya.Ikan didalam gambar diatas gua casting di Tasik Pedu, itulah gua cakap kat tasik ni memang best..banyak stok ikan yang best-best.Gambar : Ikan sebarau Tasik Pedu ni..Skala 2 kilogram.

   Gua juga ada try pot baru di Empangan Muda yang bersebelahan dengan Empangan Pedu.Tapi jiwa gua kureng sikit di pot ini.Entahla gua pun heran mungkin gua lebih serasi di Tasik Pedu yang lebih gua gemari.Gambar : Sebarau Empangan Muda.

   Kadangkala gua ke Kerpan memancing sakap kolam..Pancingan santai untuk tenangkan fikiran yang stres dengan tanggungjawab dan kerja..hehe..Best juga sebab comfirm dapat hasil, bini gua pun suka..Mesti dibuat masak 3 rasa atau stim ikan siakap tu..Layan je la..


Ikan keli besar pun biasa gua dapat.. Keli ni gua dapat di Nami, Sik..umpan perut ayam hahahaha.. memang bau wangi giler..banyak juga gua naikkan keli mengunakan umpan ini.Banyak juga yang rabut atau terputus tali perambut kerana saiz tali yang tidak fair dengan saiz keli afrika super.Ada yang berat sehingga 5kg beratnya!! Untuk pengetahuan pembaca lokasi pancingan bukan kolam berbayar tapi kolam ternak keli terbiar..Gua bukan berkenan pun spesis licin ini tapi seronok tarik jer..Kuat juga ikan ni melawan...Hasil pancingan gua serahkan kepada rakan-rakan yang pergi memancing bersama.Sayang sekali gua terlupa untuk mengambil gambar-gambar ikan ysng bersaiz dinosaur untuk tatapan pembaca.



Memancing kaloi di Tasik Pedu

Hari ini gua nak bercerita pulak pengalaman memancing kaloi di Tasik Pedu.Korang tahu dimana letaknya Tasik Pedu?Tasik Pedu terletak di dalam daerah Padang Terap dan jauhnya lebih kurang 30 kilometer dari Pekan Kuala Nerang, Kedah.Ia merupaka tasik buatan yang dibina menjadi sebuah empangan untuk mengalirkan air untuk penanamam padi di kawasan Delta Kedah.Tasik ini memang terkenal pada masa dahulu dengan kepelbagaian spesisnya seperti sebarau, jelawat, lampam, kaloi, patong, tilapia, baung ( jelong ) dan banyak lagi.Tak silap gua udang galah pun biasa orang dapat.Baru-baru ini timbul satu spesis asing yang tak dijangka iaitu ikan toman.Entah la manusia mana yang lepaskan spesis ini kedalam tasik tersebut.Ini telah menyebabkan jumlah stok ikan asal menjunam kerana ancaman ikan asing ini..hmmm...


 

Panorama Tasik Pedu yang sangat menyenangkan dan indah menggamit pengunjung untuk datang.Ini antara tempat yang gua selalu datang untuk memancing.Ia terletak berdekatan Mutiara Pedu Resort yang terkenal itu.Tapi sekarang pusat peranginan itu telah lama ditutup kerana masalah kewangan.Port diatas sesuai untuk sesi memancing santai secara berkumpulan atau berkeluarga. Selalu juga gua datang bermalam di port ini untuk memancing ikan yang aktif pada malam hari seperti baung dan sebagainya.

 


 

Selalu juga gua dan member-member gua pergi memancing di Tasik Pedu.Nak best kena naik bot baru chalenging dan hasil pun terjamin kerana banyak port yang boleh dicuba.Dalam gambar diatas ahli-ahli trip sedang terpegun mendengar ikan bermain yang kadangkala menyebabkan hati tidak senang duduk.

 

 

Kadangkala banyak jugalah hasil yang gua dan geng gua dapat.Ikan pun ikut musim la.Kalau musim tilapia banyak la dapat tilapia.Kalau kena musim kaloi banyaklah dapat kaloi.Seperti la gambar diatas ini, satu tong ais penuh ngan ikan kaloi, ada kecik ada besar.Selain kaloi dapat juga ikan yang lain seperti baung, sebarau, jelawat dan sebagainya.

 

 

Ini antara hasil yang bersaiz kasar.Memang layan sebab gua dan rakan-rakan gua gunakan rod pancing puyu ja..ala yang dijual dikedai pancing tu la..ada yang panjang 6,7 kaki dan kalau nak yang panjang lagi pun ada.Jenama yang selalu kitaorang guna adalah X-Puyu, jenama ekonomi.Memang layan ikan skala sekilogram keatas dilayan menggunakan rod yang lembut ini, kadang-kadang dapat kadangkala miss...ye la pancing x sepadan ngan ikan tapi itu yang trail tu sampai ketar tangan ni..hehehe..

 

 

Antara ikan kaloi kasar yang berjaya dipancing oleh gua...memang best bro..you kena try..mungkin persepsi lu orang pada ikan ini akan berubah...gerenti broo..

 

 

Korang tahu tak ikan diatas ni..Inilah ikan patong sepupu ikan puyu tu..hehehe..tapi iakn patong saiznya besar dan kadangkala boleh memcapai lebih sekilogram...Ini ikan yang gua dapat mengunakan batang rod puyu yang supersoft..Ikan ini memang enak rasanya dan banyak terdapat di Tasik Pedu.Kalau kena portnya tak menang tangan..

Sejak kebelakangan ini stok ikan di Tasik Pedu pun dah berkurangan dan tidak seperti masa lalu.Ia seakan sudah menjadi masalah sejagat dimana populasi ikan telah menurun tidak kira dimana sahaja di tasik, sungai bahkan di laut pun.Oleh itu marilah kita sama bermuhasabah diri dan berfikir mengapaka hal ini terjadi.Adakah ini kerana kerakusan dan sikap pentingkan diri yang mengutamakan keuntungan tanpa menghiraukan hak generasi akan datang.Bagaimana cucu cicit kita kelak tentunya mereka akan berada dalam kesukaran kerana sumber alam yang semakin terhad.Walahualam....





Sunday 29 March 2015

Spot Menarik Untuk Kaki Pancing di Tasik Beris, Sik


Hari ni gua nak bercerita tentang salah satu spot kegemaran gua.Tempat ni memang banyak ikan-ikan besar selalunya ikan bujuk.Kebanyakkannya bersaiz 'boleh tahan' dan kadang-kadang monster pun kerap gua dapat kat spot ni..Perhatikan di hujung carok terdapat tumbuhan air yang tebal seperti tumbuhan menerong menjadi rumah kepada ikan-ikan bujuk.

Tempat ni airnya jernih dan berwarna gelap sesuai dengan habitat dan sifat bujuk yang sukakan tempat seperti itu.Tetapi memang mencabar nak menaikkan ikan di spot ni..banyak halangan seperti buluh dan sebagainya.
Tekun dok casting..En Din dan Cikgu Am yang tak jemu melancarkan serangan pada spesis snakehead tersebut..kihkih
Hasilnya kadang-kadang cukup berbaloi.Memang syok gila layan ikan bersaiz sebegini..Perlukan kepakaran untuk menaikkannya memandangkan banyak halangan seperti buluh, kayu dan juga reba yang terdapat di dalam air.


Saiz bujuk sebegini memang banyak..Perhatikan rumpai air pada ikan tersebut..Memang menjadi sifat bujuk bermain berhampiran rumpai air.
Ikan haruan yang bersaiz boleh tahan di Caruk Pulau Miding
Hasil yang selalunya gua dapat sepetang bercasting di Tasik Beris.Hasil sebegini biasa saja pada masa dahulu.Tapi masa sekarang memang sush nak dapat memandangkan stok ikan yang berkurangan.
Besar kan ikan bujuk ni..

Antara bujuk yang bersaiz monster.
Moga-moga kenangan sebegini akan dapat diulangi lagi pada masa hadapan.Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga alam ini yang kita kongsikan bersama makhluk-makhluk yang lain.Janganlah bersikap rakus dan tamak sehingga merugikan generasi akan datang iaitu anak cucu cicit kita.Bersamalah kita menjaga keharmonian alam agar kelangsungannya akan berterusan sampai bila-bila.Amin....